Hidup hanya Hayalan

Kamis, 02 Agustus 2007

Diari Maya

berburu ke padang datar,
dapat rusa berbelang kaki;
berguru kepalang ajar,
bagai bunga kembang tak jadi.

Salam sejahtera pelajar yang disayangi,
Saya harap pelajar dapat buka sebuah akaun dengan 'blogger.com' untuk merakamkan atau membuat 'posting' tentang pengalaman atau peristiwa yang berlaku ke atas diri anda.

Sebagai pendidik, saya mahu anak didik saya cinta akan bahasa Melayu dan sentiasa menggunakan bahasa Melayu yang persis dan murni. Harapan saya apabila anda 'menulis' dalam ruang siber ini, anda akan berpeluang berlatih menggunakan bahasa dalam bentuk tulisan. Dengan ini, diharapkan kemahiran berbahasa anda akan menjadi lebih perkasa.

Sekian, harap pelajar dapat mulakan apa yang saya usulkan itu dengan senang hati. Sehinnga berjumpa lagi...

cg ij

0 Komentar:

Posting Komentar

Berlangganan Posting Komentar [Atom]

<< Beranda