Hidup hanya Hayalan

Kamis, 02 Agustus 2007

Kisah seorang anak

kelip-kelip kusangka api,
kalau api mana puntungnya;
hilang ghaib kusangka mati,
kalau mati mana kuburnya.

Salam sejahtera semua,
Selamat kita bertemu kembali. Ada sebuah kisah yang ingin saya kongsi bersama. Dua minggu yang lalu saya telah bertemu dengan seorang pemuda yang warak. Kebetulan saya kenal pemuda ini. Tetapi apa yang menghairankan saya, bersamanya ada seorang kanak-kanak yang berumur kira-kira 6-7 tahun. Kanak-kanak itu berpakaian sekolah. Jadi saya pun berseloroh dengan bertanya kepada pemuda ini. "Anak siapa ni?".

Secara jujur pemuda itu mengatakan bahawa anak kecil itu ialah anak saudaranya.

"Bapa budak ni mana?" tanya saya lagi.

"Bapanya dah meninggal," jawab pemuda itu ringkas. Saya terkejut seketika. Perasaan belas dan kasihan terasa dalam diri saya apabila melihat keadaan kanak-kanak itu.

Dipendekkan cerita rupa-rupanya bapa kepada kanak-kanak itu telah terlibat dalam satu kemalangan yang telah meragut nyawanya. Sebelum peristiwa yang mengerikan itu, saya dikhabarkan oleh pemuda itu bahawa adiknya (bapa kepada anak kecil itu) telah berpisah dengan isterinya. Jadi budak kecil itu sudah jadi 'yatim piatu' rupanya. Jiwa saya berasa cukup terkesan dengan apa yang terjadi.

Pengajarannya, kita hendaklah bersyukur dengan apa yang ada. Maksud saya, ada antara kita yang masih mempunyai ibu, ayah, adik, kakak dan abang. Jadi kita hendaklah sentiasa menggunakan kesempatan ini untuk menjalin hubungan yang baik dan mesra bersama orang-orang yang kita sayangi itu. Cuba kita bayangkan keadaan budak kecil itu yang tidak mempunyai ibu dan ayah. Di manakah dia dapat menumpang kasih dan bermesra?

Sekian, mula hari ini saya harap pelajar dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan juga hubungan bersama teman di sekolah dan juga dengan sesiapa sahaja...

0 Komentar:

Posting Komentar

Berlangganan Posting Komentar [Atom]

<< Beranda