Hidup hanya Hayalan

Rabu, 12 September 2007

YESCOM 2007




Salam sejahtera pelajar.

Berjumpa kita sekali lagi dalam ruang maya. Kali ini, saya suka berkongsi tentang pengalaman rakan-rakan anda yang terlibat dalam peraduan YESCOM - Young Entrepreneur Skills Competition. Mari kita baca apa yang mereka coretkan...

Kami ingin berkongsi satu pengalaman yang amat menarik semasa menyertai peraduan YESCOM (Young Entrepreneur Skill Competition) beberapa bulan yang lalu. Peraduan ini bertujuan untuk menyediakan dan mendedahkan peserta kepada dunia keusahawanan.

Sebelum acara Grand Finale di HDB HUB pada 1 July, terlebih dahulu kami diwajibkan menyertai seminar, bengkel dan ‘on-the-job assignment’ di mana peserta akan dibimbing dan diajar tentang cara-cara untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Sekolah Menengah Shuqun diwakili oleh Philip, Irene, Dinna, Marissa, Nur Hairinni, Nur Fadilah, dan Nurshifah. Namun demikian, rakan-rakan Shuqun yang lain ada juga yang membantu. Mereka memainkan muzik secara ‘live’ di gerai, menghiaskan gerai dan membantu dari segi menghasilkan produk-produk yang dijual.

Antara barangan yang kami jual ialah buku Hearts of Shuqun yang dihasilkan oleh para guru dan pelajar Shuqun, lilin yang bersinar di dalam gelap dan kraf yang diperbuat daripada kayu.

Kami berharap menjuarai YESCOM walaupun ini merupakan kali pertama kami mengambil bahagian. Namun harapan kami hampa. Kami hanya berjaya mendapat tempat kesebelas daripada sejumlah 30 buah sekolah dan persatuan remaja yang menyertai peraduan ini. Sungguhpun begitu, kami sangat berpuas hati dengan pencapaian kami sejauh ini. Kami telah berikan yang terbaik dan telah mempamerkan semangat perjuangan yang tinggi. Kini kami lebih berkeyakinan dalam apa jua yang kami lakukan. Ibarat pepatah Melayu, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.”


Itulah pengalaman yang cukup terkesan bagi mereka. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kerja keras dan usaha mereka yang tanpa jenuh itu. Akhir sekali hayatilah pantun ini...

dari mana hendak ke mana,
tinggi rumput dari padi;
hari mana bulan yang mana,
dapat kita bertemu lagi.

bintang Barat terbit petang,
bintang Timur terbit pagi;
jika tidak melarat panjang,
ada umur ketemu lagi.

salam sayang,
cgIJ

0 Komentar:

Posting Komentar

Berlangganan Posting Komentar [Atom]

<< Beranda