Hidup hanya Hayalan

Selasa, 18 September 2007

Pantun Budaya




salam sejahtera pelajar yang disayangi,

Sila nikmati pantun ini.


Pantun

1 pucuk muda bagai dicita
buah mangga dalam perahu
orang muda bermain cinta
orang tua menanggung malu

2 ke sawah menanam padi
rehat makan di tengah bendang
elok budi, elok pekerti
kelak hidup disanjung orang


3 hinanya besi kerana karat
indah bahasa dalam perbualan
biar miskin biar melarat
budi bahasa jadi amalan

4 harum sungguh si Bunga Tanjung
mekar indah di dalam taman
bahasa dijunjung budaya disanjung
mekar harapan sepanjang zaman



salam ramadhan,


cg ij



1 Komentar:

Blogger ismailj mengatakan...

adakah pantun ini ditujukan kepada pelajar 4/1?

19 September 2007 pukul 20.04  

Posting Komentar

Berlangganan Posting Komentar [Atom]

<< Beranda